Latar Belakang Dan Sejarah

SEKAPUR SIREH

          Dalam mencari lazatnya kehidupan yang dikurniakan Allah ini maka Kem Kandai  menjemput tuan puan seluruh dunia untuk menghantar anak2 dididik oleh kami dalam masa2 tertentu. Kelas al-Quran, Kem Ibadah, Kem Kerohanian termasuk seni mempertahankan diri.  Mendidik dan mendakwah. KemKandai pada awalnya telah diziarahi oleh beberapa pakar Motivasi seperti Hamdan Abdullah, Mokhtar Abd Rashid,Syukri Ahmad dan juga orang yang berpengalaman dalam menguruskan sesuatu program seperti Abd Aziz Idris, Mohd Firdaus Mahat, Khairul Faizi Aziz dan lain-lain. Mereka telah mengetengahkan idea supaya saya mewujudkan satu tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti Kem Motivasi. Seorang usahawan terkenal bernama Aidi dari Kelantan  datang untuk melakarkan idea tersebut dengan perancangan memaksimakan lokasi kem.  Jadi kami  terima cabaran tersebut dan alhamdulillah dengan ilmu 'Pendidikan Luar' yang telah  dipelajari di dalam Kursus Pendidikan Luar selama setahun di IPDA, kami telah berjaya merealisasikan impian para tetamu yang memberikan pandangan tersebut. Kem Kandai  juga telah dilatih dalam aktiviti lasak Kadet Remaja yang ini juga menyumbang kepada latihan kem ala badan unit uniform.  Saya juga mendapat kerjasama penuh Pemuda dan Belia  Kampung, jadi sekarang kami berdoa  kepada Allah supaya diberikan 'cahaya' kepada kampung  iaitu Kampung Kandai yang mana kami  ciptakan satu impian daripada mimpi indah  untuk dijadikan  kenyataan oleh Allah Maha Pencipta, memperkenalkan KEM KANDAI yang kami  bina dengan penuh kasih sayang. Kem Kandai telah didaftarkan di dalam SSM .


IDEA SEJARAH PENUBUHAN


  Kem Kandai ditubuhkan atas cetusan idea seorang usahawan dari Kota Bharu Kelantan yang datang menziarahi En. Mohd. Husni Hj Zakaria kali pertama  pada tahun 2012 yang lalu.. Memandangkan kedudukan georgrafi yang cantik, maka beliau memberikan cadangan supaya di wujudkan sebuah kawasan 'kem motivasi' Zon Utara. Pusat ini suatu masa nanti akan dibangunkan sebagai sebuah tempat terpenting di dalam Negeri Kedah. Lawatan kali kedua beliau ialah pada 12 September 2015 dengan menyaranan supaya dewan rehat peserta peempuan ditukarkan kepada dewan kuliah.
                En. Ady merupakan seorang guru yang berdedikasi. Beliau tamatkan perkhidmatan sebagai guru setelah menjadi seorang usahawan dan sering berurusan dengan Kementerian Pendidikan melibatkan Program-program Pelajar Pemulihan. Kini beliau sedang menguruskan sebuah sekolah tahfiz di Kelantan. Selain itu beliau juga bertanggungjawab sebagai pemudahcara pakej perumahan kepada rakyat yang ingin memperolehi rumah dengan cara bantuan koperasi tanpa perlu pembayaran muka. Beliau berasa senang hati setelah berjaya membantu orang  memerlukan bimbingan.
               En. Ady menaruh harapan supaya Kem Kandai ini berubah ke arah yang lebih maju dan gemilang dengan kepelbagaian aktiviti. Selain daripada Kem Motivasi, kem ini juga akan menjulang nama Kampung Kandai sebagai pusat Ekuin peringkat daerah.Latihan berkuda mengikut modul 'general horsemanship', 'saddlery', rug,boots,grooming, foot care, feeding, horse health dan travelling. Pihak kem telah mengambil tindakan awal dengan menghantar En. Mohd. Husni Hj Zakaria ke Kursus NATIONAL ORIENTATION LEVEL COURSE pada 27-29 Ogos 2015 yang lalu  dan telah mendapat pengiktirafan Majlis Ekuin Malaysia. Pengiktirafan kejayaan beliau ditandatangani sendiri oleh Dato' Malek Jeremiah, Executive Secretary Majlis Ekuin Malaysia.



KEMUDAHAN

1.. Padang kawat

2. Padang Aktiviti Ibadah 

3. Dewan Terbuka Muat 150 orang peserta.

4. Kawasan Perkhemahan Lelaki/Perempuan.




5. Kawasan Persisiran Sungai Kedah Untuk Ekspedisi

6. Kawasan Tar Mini untuk night traking.

7. Dewan Terbuka Untuk Guru Perempuan bersantai.
8. Lengkap Tandas

9. Kawasan Sawah untuk pembelajaran.


10. Sebatang Sungai buatan untuk mandi-manda.






11. Laluan untuk Berkuda.




12. Perigi untuk atasi masalah air paip.


13.Tukang masak kampung.
14. Kemudahan Berkuda Milik Kem

15. Masjid Kampung
16. Chalet atas air.
17. Halaman untuk waris bersantai



18. Ibadah bawah pokok

19. Buah-buah




20. Kawasan makan yang bersih dan semulajadi



Kem Nombor 1 TERBAIK di Malaysia !!!

"Kampung ni keluar emas (Kampung ini mendatangkan hasil berharga)," Khairul Faizi Aziz, Penasihat.

LORONG MASUK MUAT 1 KERETA SAHAJA...

TEBU:  PAGAR YANG ADA NILAI









 INOVASI: HUTAN REKAAN


 POKOK-POKOK HUTAN YANG DITANAM




LOKASI 


  Terletak 7 km dari bandar Alor Setar. Merupakan perkampungan petani. Pengunjung akan menempuh lorong masuk melalui ban 'jalan ladang' yang disediakan oleh  MADA. Kiri kanan lorong di tanam dengan tebu hitam yang merupakan penarik, hiasan dan boleh dijadikan duit perbelanjaan kem setelah ia terlalu membiak dan matang.


Dikelilingi sawah padi. Ini mengambarkan kepada para waris bahawa peserta tidak akan menghadapi kemungkinan binatang buas seperti yang sering mengganggu peserta-peserta Kem Ketahanan Diri yang dijalankan di kawasan pengunungan atau kawasan hutan rimba. Sawah padi yang bersih seluas mata memandang. Cuma hutan rekaan sahaja yang diwujudkan di tengah-tengah sawah.Sunyi dari kesibukan bandar. Tiupan udara sawah yang nyaman. Kadang-kadang peserta ditiupkan dengan pelbagai ragam hembusan angin, lembut dan keras.




 Di teratak ini peserta di sediakan kemudahan bilik air dalam teratak dan bilik air luar teratak.




 Pemandangan Belakang, 

 Pokok buah-buahan ditanam di keliling asrama. Peserta dibenarkan bebas memetik buah-buahan.











 

MHZ menyukat paras air sungai untuk aktiviti peserta

Memandangkan sungai ini bersih dan tidak dicemari sebarang racun atau bahan-bahan kimia seperti kebanyakan sungai di bandar maka ia menjadi syurga pembiakan haiwan air tawar.



Ada sungai untuk aktiviti air. Peserta kem didedahkan dengan aktiviti membina rakit, mengutip ikan di pukat, mengutip kepah dan cross river.  En. Mohd. Firdaus Mahat akan memberikan nasihat berkaitan dengan faktor-faktor keselamatan dan kesihatan berkaitan dengan penggunaan air sungai kem.





Kemudahan untuk waris ialah masjid, kedai makan orang kampung, kedai runcit dan kedai motorsikal milik orang kampung. Bagi waris jauh yang memerlukan penginapan, di kawasan berdekatan terdapat 'homestay' orang kampung. Sewa sehari semalam semurah  hanya RM80.00 sebilik


Kami juga mempunyai ladang kuda yang indah. Penyelia ladang kuda ialah En. Osman Mad Noor seorang pegawai Penjara Alor Setar. Beliau akan membantu dan melatih kuda-kuda jinak kami untuk ditunggang oleh peserta.





          Kawasan Kem Kandai indah dengan permandangan semulajadi. Kawasan Kem Kandai diselia oleh JKKKP, Kelab Belia, Kelab Pemuda, AJK Masjid dan MADA.  Pekerja penduduk ialah bersawah padi, pekebun kecil, menternak binatang, mengusahakan pekasam dan memukat ikan sungai.

                                  Peserta dbawa keliling kem dengan lori. Suasana ini menjadikan anak-anak tuan puan sentiasa terhibur dan bersyukur dengan nikmat Allah. Mereka akan belajar sesuatu yang baru. Mungkin mereka akan mengenal erti kepayahan yang selama ini dialami oleh orang-orang kampung pedalaman.









AYAM SERAMA DI KEM

Di Kem Kandai terdapat banyak musang pandan. Bau badannya wangi. Najisnya berbau pandan. Mereka suka makan buah-buahan di sekitar kem. Kadang-kadang buah pisang kelihatan sudah dimakan binatang. Tahulah, itulah kerja musang.Musang yang paling jinak ialah 'Nyet'. 'Nyet' suka memanjat badan MHZ. Mereka hidup bebas di pokok-pokok sekitar kem. Binatang-binatang di sini dibiarkan hidup bebas. Ia menjadi jinak berkemungkinan lapar dan bergantung kepada makanan lebihan yang dibuang di sekitar kem. MHZ selalu melarang pemikat burung atau pemburu binatang memburu.

Nyet dah tidak muncul-muncul lagi sekarang, mungkin ia sudah berhijrah dari Kem Kandai..semua orang akan rindu Nyet.



























Burung-burung Hutan
Burung Hantu banyak hidup bebas di kawasan kem. Pihak kem telah membuat permohonan bantuan rumah burung hantu untuk didirikan di sekitar sawah daripada pengurus MADA. Burung hantu membantu menghapuskan tikus sawah.Burung-burung lain seperti merbok, tekukur, merbah kapur, merbah kuning dan macam-macam boleh dilihat oleh peserta kem.

         



Ini burung dari laut, datang tinggal di parit-parit sekitar kem. Istimewanya berkaki terlalu panjang. Makanan utamanya ialah siput gondang emas.





Burung ini banyak di kawasan sawah keliling kem, orang kampung panggil burung 'pungguk'. Ia makan anak udang sawah.

Arkus dipelihara sebagai penarik untuk memikat hati peserta kem. Ada 30 ekor. Benih induk Thailand dan Australia. Benih Thailand adalah sumbangan Cikgu Kamil Hj Awang dari SMK Tajar.
   

Kambing Boer dipelihara dan dijagai oleh PakLong Rahim. Peserta boleh membelai dan mendukung anak-anak kambing boer yang jinak.




Ayam sutera putih. 


ARNAB DI KEM





Arnab hidup bebas di sekotar kem............jinak.



"Kelabu" lahirkan anak 7 ekor malam tadi......Sihat.

Si Puteh

Anak Si Puteh






SEKIAN...






Tiada ulasan: