Kakitangan Pengurusan

PENASIHAT
En. Mohd. Firdaus Mehat ialah  Pengerusi Belia Kampung Kandai Merangkap Jawatankuasa Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia(Kedah)


PENGURUS


En. Khairul Faizi Abd Aziz, Pengerusi Pemuda Kampung Kandai  merangkap Jawatankuasa Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia(Kedah)


PENGURUS PEMASARAN

NOOR HAFIZA BINTI MOHD ALI (UMMI)
           Seorang yang berdidikasi tinggi. Seorang penuntut pengajian agama di Pondok Juara Tua. Mempunyai kepakaran dalam bidang siber. Membawa perubahan di dalam pembinaan infrasruktur dan kemantapan program Kem Kandai. 
            Beliau telah memperbaharui aktiviti dengan menambah pulih tetatif program. Kini wujudlah apa yang dipanggil 'crossing river', memburu senyap atau 'silient hunter', seni mempertahankan diri, kaedah menggunakan kompas di dalam hutan dan penempatan perkhemahan yang semua itu bermula di dalam tahun 2014 iaitu tahun perlantikan Ummi sebagai 'pengurus' kem.
            Ummi telah mendapat pengiktirafan yang banyak di dalam beberapa persatuan NGO. Beliau aktif dalam persatuan muslimat. Bergerak aktif menyampaikan mesej-mesej dakwah. Kini beliau menggunakan kekuatan dakwah melalui siber seperti facebook, wechat, washapp dan viber dengan menggunakan nama NOOR HAFIZAH NIQABIS. TEL: 0174330154


Kem Komandan 
Cikgu Muhammad Husni Hj Zakaria (MHZ)
                  MHZ bersyukur kerana mendapat bantuan kakitangan yang masing-masing memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang. Ummi pakar dalam membuat perancangan dan pemasaran. Khairul Faizi Abd Aziz pencetus kepada idea-idea memajukan kem. Mohd Fisdaus Mahat iaitu seorang yang kuat berpesatuan dan menjadi orang harapan YAB Menteri Besar Kedah. Osman Md Noor seorang pakar sebat penjenayah Penjara alor Setar,pakar senjata, pakar seni mempertahankan diri yang  memberikan panduan dan peringatan kepada peserta kem supaya menjauhi jenayah. Ustaz Mohktar Abd Rashid pakar motivasi yang boleh membuatkan peserta menangis  kesedaran. Hamdan Abdullah seorang pakar motivasi yang menghiburkan dan menginsafkan. Pembantu-pembantu lain seperti fesi dan jurulatih KRS ialah pengelok dan perendangkan kemurnian kem.
TEL: 0194300830

Timbalan Kem Komandan

Azmi Bin Mansor

Disiplin/Keselamatan

 Muhammad Akmal Shahini, Muhammad Amsyar Muhammad Helmi, abang Teh, Muhammad Haikal Khairul Faizi (abang chik) dan Lutpi.
 Siti Nurliza, Nurul Anis Izzati Rahim, Siti Amalina Husaini, Nani, Faiqah Himayah Muhammad Helmi.

Jurulatih Projek

1. En. Osman Bin Md Noor    (Pegawai Penjara Alor Setar). 
Beliau seorang Pegawai Penjara Alor Setar, Kedah darul Aman. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Penjara. Beliau bertugas sebagai Pakar Sebat penjenayah. Merupakan seorang pemegang 'black belt' taekwondo. Cekap bermain senjata. Terlatih dan cekap dalam selok belok menguruskan perihal kuda.


Jurulatih 

3. Cik Nor Asmayani Binti Yusof



Jurulatih 



4. Puan Murniyati Binti Mahmod @ Makcik Zana

Jurulatih 


5. Puan Bashiroh Binti Baharom @ Maktih

Jurulatih 

       6.  Cik Nur Haleeza Binti Azhar


BIODATA PENCERAMAH
Penceramah 1



 
MUHAMMAD HUSNI HJ ZAKARIA adalah  penerima Anugerah Guru Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia dan kini bertugas sebagai PENOLONG KANAN di Sekolah Tunku Raudzah, Alor Setar, Kedah. Beliau adalah penerima Anugerah Tokoh Malhijrah DUN Alor Mengkudu (Telok Kandih).
            Merupakan bekas penyandang johan pidato tiga tahun berturut-turut 1987-1988 anjuran pendidikan Kedah dan merupakan seorang pendidik dan sering dijemput menyampaikan ceramah-ceramah motivasi di sekolah-sekolah, institusi pendidikan, badan-badan NGO seperti Persatuan Ibu Tunggal, Puteri UMNO, Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil, Persatuan-Persatuan Kemasyarakatan, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan lain-lain. Beliau mendapat pendidikan dari SK Alor Mengkudu (1977-1982), SMK Tajar (1983-1988), SMK Tunku Malik (1989-1990), Maktab Perguruan Sri Pinang (1991-1993) dan Institut Pendidikan Darul Aman (2003-2004). Antara pencapaian akademik yang dimiliki oleh beliau ialah mendapat pangkat satu dalam Sijil Pelajaran Malaysia, kepujian dalam  Pendidikan Bahasa (Linguistik) dan kepujian dalam Kursus Sijil Perguruan Khas Pendidikan Jasmani ‘Human Psychology & Anatomy’.Merupakan Naib Yang Di-Pertua Kursus Sijil Perguruan Khas & Ketua Kursus Pendidikan Khas Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Darul Aman, Jitra, Kedah. 
                         ‘Pemegang’ Black Belt Taekwondo WTF (MTA) semenjak tahun 2002 hingga kini. Pernah menjadi atlit Negeri Kedah ketika remaja. Beliau dilantik menjadi jurulatih peringkat negeri Kedah.Berjawatan Setiausaha Pembangunan Pertubuhan Taekwondo Bersatu Kedah. Beliau juga merupakan Pengerusi Taekwondo Daerah Yan dengan Dato’ Badruddin Aminuddin selaku ‘Penasihat’ persatuan. Dilantik menjadi Pengerusi Teknik Sukan Taekwondo Negeri yang bernaung di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan melepaskan semua jawatan setelah melanjutkan pelajaran. 
                          Menulis 47 buah buku yang kesemuanya berkisar kepada pengalaman beliau. Buku-buku tersebut diterbitkan oleh Setia Emas Sdn. Bhd., Edu Kid Sdn. Bhd., Fajar Bakti Sdn. Bhd dan banyak lagi tersimpan di Perpustakaan Negeri Kedah. Selain itu beliau juga sering menulis dalam akhbar berkisar tentang pemasalahan remaja dan ekonomi penduduk luar bandar.   
                                   Mohd. Husni Hj Zakaria bergerak aktif memberikan ceramah-ceramah motivasi membina diri setiap insan. Pada tahun 2014 ini, MHZ banyak dijemput menjadi hakim pertandingan Bahasa Melayu seperti Pesta Pantun dan Pidato. 23 April yang lalu MHZ menjadi ketua hakim pidato atas jemputan Pejabat Pelajaran Kota Setar di bawah seliaan Ustaz Mohd.  Nazer Ishak Pen. PPD Unit Kokurikulum.
                                  Pada tahun lalu, , MHZ banyak mengajar al-quran dengan jumlah penuntut sudah mencecah 50 orang penuntut.  Tetapi terhenti kerana mendalami pengajian di Pondok Juara Tua.  Mungkin jika ada masa kelas al-quran diteruskan lagi di masa-masa hadapan. Inshaallah.  
Tel: 017-4330154/ 019-4300830



Penceramah 2



USTAZ MOHTAR ABD RASHID merupakan seorang penceramah bebas. Beliau menyampaikan ceramah dalam bidang motivasi berbentuk keagamaan. Menyedarkan manusia tentang kebesaran Allah. Mengajak orang membuat perkara-perkara baik.
                Mendapat pendidikan dari SMK Dato’ Syed Omar Alor Setar, Kedah. Beliau aktif sebagai pelajar harapan sekolah. Menjadi pengawas dan merupakan pelajar yang sering menaikkan nama sekolah dalam pelbagai aktiviti sekolah. Beliau berminat dalam acara pelajar seperti pertandingan-pertandingan bahasa dan keagamaan. Pernah menang dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan merupakan seorang pembahas.
                Ketika berusia awal 20’an beliau bertugas di dalam belia. Menjadi salah seorang petugas yang aktif membantu belia membuat aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
                Memandangkan pengalaman yang banyak dalam bidang kemasyarakatan maka Ustaz Mokhtar Abd Rashid seringlah meyampaikan ceramah-ceramah untuk masyarakat. Akhirnya beliau menjadi seorang penceramah bebas dan menyampaikan ceramah kepada semua jabatan kerajaan dan swasta yang menjemput beliau. Antaranya seperti ceramah kepada staff Hospital Alor Setar, Kesihatan Kubang Pasu, Maktab Rendah Sains Mara, ILP, sekolah-sekolah menengah dan rendah.
     Beliau juga dipanggil untuk program-program keagamaan. Masjid, surau dan sambutan-sambutan hari kebesaran lslam.
                Ustaz Mokhtar Abd Rashid tidak berminat menceburi bidang politik. Beliau lebih suka bergerak secara bebas tanpa terikat. Ini lebih banyak memberikan peluang  kepada beliau untuk mendekati rakyat tanpa berselindung di mana-mana nama pati politik. Sungguhpun begitu, beliau tidak menafikan sekarang ini ramai penceramah motivasi yang aktif berpolitik. 
                Apabila ditanyakan tentang cita-cita, beliau berkata cita-cita beliau berdakwah kepada semua umat manusia mentaati Allah. Hati beliau tidak tenang selagi tidak bertemu dengan setiap umat lslam di dalam negara ini bagi menyampaikan dakwah tentang kebesaran llahi. Ada orang bertanyakan kepada beliau tentang kekayaan apa yang diidamkan oleh beliau. Jawapan beliau sungguh hebat, kekayaan lman. Beliau mencari kekayaan lman.
                ‘Ana berdoa kepada Allah supaya di penghujung umur ana nanti mati ketika ana sedang sujud kepada Allah. Ana rindukan Syurga. Ana pohonkan berbanyak keampunan dan Allah,’ kata Ustaz Mokhtar Abd Rashid sambil kelopak matanya kelihatan berkaca kerana begitu menjiwai doanya itu.



Penceramah 3
HAMDAN ABDULLAH  merupakan penceramah sepenuh masa. Menyampaikan ceramah di semua jabatan kerajaan dan swasta. Beliau memilih bidang motivasi berbentuk humor. Setiap kali menyampaikan ceramah dengan loghat daerah Sik pasti akan membuatkan semua perserta akan ketawa terbahak-bahak. Lawak semula jadi beliau hanyak dengan bercakap berloghat daerah sukup menghiburkan.
Hamdan Abdullah juga fasih bahawa Siam. Ini disebabkab beliau dibesarkan di perkampungan Siam di Sik. Rakan-rakannya juga terdiri daripada masyarakat Siam. Hubungan beliau dengan masyarakat Siam berjalan hingga sekarang ini.
                Bakat beliau bersinar apabila bertugas di alam Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai pegawai. Beliau bertugas menyampaikan ceramah kepada guru-guru atau penyelia-penyelia Amanah Ikhtiar Malaysia. Hubungan beliau yang baik dengan sesama staf membuatkan nama beliau sering disebut-sebut. Beliau juga sentiasa bersedia jika dijemput menyampaikan ceramah di mana-mana pusat Amanah Ikhtiar Malaysia di dalam negara yang berkehendakkan beliau.
                Memandangkan beliau berhasrat untuk terus menyampaikan ceramah maka beliau telah melepaskan jawatan di Amanah Ikhtiar Malaysia dan menumpukan sepenuh masa dalam bidang penceramahan.
                Kini Hamdan Abdullah dijemput oleh semua jabatan-jabatan kerajaan dan swasta. Institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah menengah dan rendah. Beliau juga menyampaikan ceramah-ceramah motivasi kepada  peringkat bawahan seperti petani dan pekebun. Mungkin ini merupakan kesan daripada pekerjaan beliau di dalam Amanah Ikhtiar Malaysia dahulu yang sering bertemu dengan masyarakat bawahan seperti petani dan pekebun.
                Hamdan Abdullah berkata beliau mencari kesenangan. Kesenangan di dunia dan di akhirat. Beliau tidak berhasrat untuk bermegah-megah dengan kebolehan beliau. Dia besyukor banyak-banyak kepada Allah kerana dia antar orang yang terpilih oleh llahi dalam menyampai ceramah motivasi dan secara tidak langsung dianggap juga sebagai seorang pendakwah. Berdakwah mengajak orang berbuat baik dan mentaati Allah.
                Hamdan dapat bertutur Bahasa Thailand dengan fasih dan beliau dapat bercakap loghat pedalaman Kedah dengan lancar.


Penceramah 4

USTAZ MOHAMMAD SHUKRI BIN AHMAD, adalah guru agama J-Qaf Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah. Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah motivasi di semereta tempat untuk budak-budak sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Di Kemkandai beliau selalu dijemput dan membuatkan peserta menangis kerana kerinduan kepada Allah dan ibu bapa.








Penceramah 5
USTAZ BAD , adalah guru agama J-Qaf Sekolah Kebangsaan Haji Wahab, Alor Setar, Kedah. Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah motivasi di semereta tempat untuk budak-budak sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Di Kemkandai beliau selalu dijemput dan membuatkan peserta menangis kerana kerinduan kepada Allah dan ibu bapa. Beliau juga guru taranum yang hebat.             


PEMBANTU KEM (PEMBERSIHAN)
Abang Halim



FESILITATOR


1. Kem Jati Diri 27-28/3/2013
    Kiri: Kakak Nur Shahidah Aziz & Kanan: Kakak Nur Khamaliah Izzati Ishak




Puan Ardini Shah Alam, Selangor.

 2. Kem Jati Diri 5-6 Jun 2013, Hami Badrishah



FESI 25-26/3/2014



FESI 25 - 26/3/2014, Mohd. Ikhwan.

Kem Kandai mempunyai  permata....








"dia sebutir permata..........," Id 'ri Da, Pengerusi Koperasi Al-Naim Kelantan Berhad.
















Tiada ulasan: